Mahkamah tolak rayuan Najib

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara menolak permohonan Najib Razak terhadap AmBank Holdings Berhad dan dua lagi berhubung dakwaan berkongsi maklumat akaunnya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam menolak tuntan mahkamah bekas perdana menteri itu ke atas bekas jurubank Joanna Yu dan AmBank.

Turut bersidang sama adalah hakim Hadhariah Syed Ismail dan hakim Ahmad Zaidi Ibrahim.



Pada 9 Dis 2019, Najib memfailkan writ saman terhadap bekas pengurus perhubungannya Yu dan bank komersial itu, berhubung dakwaan menerima arahan dan mendedahkan maklumat akaunnya kepada Low (lebih dikenali sebagai Jho Low).

Dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2020, yang membenarkan permohonan Yu dan bank itu untuk membatalkan samannya terhadap mereka.

Najib mahu mahkamah mendengar semula samannya terhadap AMMB Holdings Berhad, AmBank Islamic dan bekas pengurus perhubungan pelanggannya Joanna Yu Ging Ping.

Yu, aadalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC yang dihadapi Najib melibatkan tujuh pertuduhan.



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khadijah Idris pada September 2020 lalu memutuskan bahawa tuntutan mahkamah itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia merupakan “serangan” ke atas kes jenayah SRC International yang dihadapi Najib.

Ini kerana dalam saman itu, mahkamah dikehendaki membuat keputusan berdasarkan pengetahuan Najib tentang wang yang dibayar ke akaunnya yang merupakan isu yang sama di hadapan mahkamah jenayah dalam kes SRC International.

Mahkamah tolak rayuan Najib


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker