Nik Abduh doakan keajaiban buat Muafakat Nasional

Nik Abduh doakan keajaiban buat Muafakat Nasional

Ketika hubungan di antara PAS dan Umno dilihat terus memanas, salah seorang pemimpin parti terbabit hari ini berharap agar ada “keajaiban” berlaku untuk permuafakatan mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata keadaan politik semasa memerlukan lonjakan baru dibuat.

Katanya aspek penguasaan dan kepakaran yang lebih menyerlah diperlukan bagi melaksanakan perundingan yang memajukan negara.

Jelasnya, segala kebaikan dan keuntungan yang dicapai hasil perpaduan antara pelbagai parti mestilah dilestarikan agar ia terus menghasilkan ‘buah demi buah’ pada hari depan.

“Kekuatan azam politik yang mencipta MN (Muafakat Nasional) sebagai contoh, masih tidak mencukupi untuk memeliharanya daripada kemungkinan kembali pecah dan terburai ikatannya.

“Kita berjaya menyatukan tetapi tidak berupaya menjaganya dengan baik,” katanya.

Tambah ahli parlimen Bachok itu lagi hal itu berlaku kerana mereka belum bersedia dengan penguasaan dan kepakaran perundingan bagi menangani sesuatu krisis.

Bahkan kata Nik Abduh sebarang perpaduan yang dilaksanakan memang mendatangkan ramai musuh dan penghasadnya.

Tulisan itu hadir ketika banyak pihak bercakap mengenai kerjasama PAS dan Umno melalui MN khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Nik Abduh juga mempersoalkan maknanya rundingan yang berlangsung jika selepas itu wakil setiap parti ‘membawa api dan kepanasan’ saja.

Atau, katanya berkias, lebih teruk keadaannya apabila mereka menuju ke meja rundingan dengan bebola api yang dilepaskan dari pangkalan masing-masing.

Tambah Nik Abduh umat Islam memerlukan pembaharuan dan penambahbaikan dalam politik dan ia perlu sentiasa disegarkan dengan lonjakan dalam pemikiran dan dakwahnya.

“Saya doakan keajaiban ini untuk Muafakat Nasional. Semoga nikmat Allah tidak hilang, tidak bertukar keafiatannya dan dikejutkan dengan kecelakaan ke atasnya,” kata anak bekas menteri besar Kelantan itu lagi. Mk

Nik Abduh doakan keajaiban buat Muafakat Nasional


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker