Kes ‘Mandi Jenazah’, Daniel, AJK masjid bersemuka esok

SHAH ALAM – Remaja yang tular dan dimandikan selepas ditangkap mencuri tabung sebuah masjid di Kuang, Rawang awal bulan lalu dan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan dijadualkan untuk bersemuka esok.

Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sesi pertemuan yang disarankan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini dirancang untuk diadakan minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia ditunda kepada esok memandangkan remaja tersebut, Daniel Iskandar, 18, dimasukkan ke hospital selepas diserang sawan.



“Berdasarkan perancangan, ia akan dibuat di masjid berkenaan esok selepas waktu Asar.

“Selain PPMM, pertemuan itu dijangka dihadiri oleh Daniel dan keluarga, ia dijangka turut dihadiri oleh pihak masjid,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2020 di sini hari ini

Kes ‘Mandi Jenazah’, Daniel, AJK masjid bersemuka esok


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker