Fadhli Shaari dilantik Ketua Pemuda PN

Fadhli Shaari dilantik Ketua Pemuda PN

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.

Pelantikan Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengantikan Khairil Nizam Khirudin.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata keputusan dibuat dalam Majlis Tertinggi gabungan itu yang telah bermesyuarat semalam.

“Mesyuarat itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua parti anggota iaitu Bersatu, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Majlis Tertinggi PN turut bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Ketua Bersatu Melaka, Mohd Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi PN Melaka yang baharu.

“Kedua-dua pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Hamzah berkata, mesyuarat itu turut membincangkan secara mendalam mengenai situasi politik semasa khususnya berhubung kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang. FMT

Fadhli Shaari dilantik Ketua Pemuda PN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker