Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib

Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib

Najib Razak, menggesa mana-mana pihak yang mahu Umno dan Bersatu bekerjasama agar menghentikan usaha mereka kerana hasrat sebenar parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu adalah untuk “tamatkan Umno buat selama-lamanya”.

Beliau berkata, akar umbi partinya sudah lama sedar niat Bersatu.



“Sejak rakaman audio ‘scheme of things’ terbongkar di mana Perdana Menteri ke-8 (Muhyiddin) dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin Umno dengan jawatan kerajaan dan GLC (syarikat berkait kerajaan), kami dah sedar.

“Jadi dengan pengakuan umum Bersatu semalam, saya harap pemimpin Umno yang masih inginkan kita bekerjasama dengan Bersatu akan hentikan usaha mereka,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau turut menunjukkan pesanan serupa kepada sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru kita untuk menerima Bersatu pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi,” katanya.



Semalam, Bersatu Johor berkata, keputusan Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir adalah kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap jentera Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Keputusan beliau (tidak bertanding) juga tidak menjejaskan prestasi atau memberi kesan negatif, sebaliknya mampu menggandakan pengukuhan dan kekuatan jentera parti bagi menewaskan BN pada PRN kali ini,” kata Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri. FMT

Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker