Robot pembersih vakum ‘melarikan diri’ dari hotel

Robot pembersih vakum ‘melarikan diri’ dari hotel

CAMBRIDGE – Sebuah robot pembersih vakum dilaporkan ‘melarikan diri’ selepas berjaya melepasi penghadang pintu sebuah hotel, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mesin pembersih milik hotel Orchard Park Travelodge di bandar Cambridge itu dilaporkan hilang pada minggu lalu.

Penolong pengurus hotel, Simon menyiarkan berkenaan kehilangan mesin itu dalam aplikasi sosial, Reddit.

“Hei! Saya bekerja di Travelodge dan hari ini, saya perasan salah satu daripada robot pembersih vakum kami yang baharu telah terlepas.

“Ia biasanya mengesan penghadang pintu lalu berpusing, tetapi berlaku sebaliknya apabila terus melepasinya. Saya perasan perkara itu hanya setelah 15 minit kemudian,’’ tulis Simon.

Kakitangan hotel tersebut tidak dapat menemuinya walaupun sudah mencari di sekitar kawasan hotel.

Mereka malah menawarkan minuman percuma kepada sesiapa yang menemuinya.

Bagaimanapun, mesin itu akhirnya ditemui pada Jumaat minggu lalu di sekitar kawasan semak oleh seorang kakitangan pembersih hotel. K Online

Robot pembersih vakum ‘melarikan diri’ dari hotel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker