Pembangkang berpecah? PKR guna logo sendiri, Amanah, DAP guna logo PH

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan logonya sendiri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sementara, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kekal menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).

Menurut kenyataan media Majlis Presiden PH, keputusan itu dibuat selepas mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu bagi membincangkan khusus mengenai persediaan menghadapi PRN Johor.

“Persetujuan juga dicapai mengenai penggunaan logo yang akan digunakan. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju bahawa logo PH akan digunakan dan PKR pula akan menggunakan logo sendiri,” kata kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH mengulangi pendirian akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

“Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani pilihanraya Negeri Johor yang akan datang,” ujarnya.

Pada Isnin, PH mengumumkan membuat keputusan untuk bertanding dalam PRN Johor yang akan diadakan nanti.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

sementara itu, dalam perkembangan lain, menurut laporan portal MalaysiaKini, Anwar Ibrahim turut menolak cadangan agar gabungan itu kembali bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan Bersatu tidak menepati kriteria.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru Razrul Anwar Rusli membangkitkan cadangan agar partinya kembali bekerjasama dengan PH, bagi melawan Umno dalam PRN Johor.

Pembangkang berpecah: PKR guna logo sendiri, Amanah, DAP guna logo PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker