MKN: SOP PRN Johor berbeza
PUTRAJAYA: Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bergantung kepada keadaan semasa penularan Covid-19 serta tidak boleh mencontohi PRN Melaka dan Sarawak.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya masih memperincikan status penularan, ancaman dan risiko, justeru, SOP itu akan disesuaikan dengan aktiviti pilihan raya.
Katanya, bagaimanapun pelaksanaan SOP am seperti budaya norma baharu yang diamalkan ketika ini tetap berjalan seperti biasa apatah lagi semasa melaksanakan PRN.
Namun, beliau memberi jaminan garis panduan pelaksanaan PRN Johor memberikan keselesaan dan memudahkan, tetapi pada masa sama perlu berhati-hati dengan penularan Covid-19.
“Sehingga kini kita tidak ada lagi keputusan dibuat sama ada nak contoh SOP PRN Melaka atau Sarawak tetapi kita akan teliti situasi kes pandemik ketika ini. Namun SOP am tidak banyak berbeza,” katanya di sini semalam.
Pakatan Harapan (PH) kelmarin memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, termasuk ceramah dan kempen bersemuka dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang PRN Johor.
Majlis Presiden PH dalam kenyataannya berkata, permintaan itu berdasarkan wabak Covid-19 di negara ini sudah semakin bersifat endemik dengan jumlah kes positif, selain kemasukan ke hospital yang agak stabil.
Mengulas sama ada kempen secara bersemuka dibenarkan pada PRN Johor kali ini, Rodzi berkata, perkara itu juga bergantung kepada penilaian risiko dengan melihat keadaan di negeri berkenaan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi selain mobiliti orang ramai begitu aktif berbanding di Melaka dan Sarawak.
Katanya, begitu juga dengan keadaan kawasan pedalaman di Johor tidak sama dengan situasi pedalaman di Sarawak dan perkara itu perlu dibuat penilaian dan penelitian sewajarnya.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta SPR untuk menyediakan cadangan SOP kepada Jawatankuasa teknikal pandemik untuk meneliti dan mengadakan perbincangan.
“Seterusnya ia akan diperhalusi dalam jawatankuasa kuartet menteri sebelum jawatankuasa khas pengurusan pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memutuskan.
“SOP ini akan dimuktamadkan segera sebelum tarikh penamaan calon yang akan diumumkan SPR nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan SOP perjalanan pilihan raya, namun keputusan akhir akan dibuat dan dinilai oleh KKM dan MKN.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan SPR dalam mesyuarat suruhanjaya itu pada 9 Februari ini. – UTUSAN
MKN: SOP PRN Johor berbeza
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari