Kerajaan benarkan ibadah Umrah mulai 8 Februari
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri hari ini mengumumkan keputusan Kabinet membenarkan umat Islam untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.
Katanya, kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Jan lalu ekoran penularan jangkitan Omicron.
“Baru tadi kami buat keputusan seperti mana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja.
“Jadi, bermula 8 Feb ini bolehlah agensi pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah dan inilah yang sudah diputuskan hari ini oleh Kabinet,” katanya seperti dilaporkan BH.
Pada 1 Jan lalu, kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy langkah itu diambil susulan penularan varian Omicron Covid-19.
Katanya sejak kumpulan pertama jemaah umrah berlepas ke tanah suci pada 13 Okt lalu sehingga 30 Dis 2021, seramai 1,306 daripada jumlah keseluruhan 11,108 jemaah yang pulang dikesan positif Covid-19.
Dalam pada itu, Nancy berkata garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baru akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.
“SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai penerbangan pertama bagi jemaah umrah bermula 8 Feb ini, Nancy berkata ia masih belum diputuskan.
“Tapi mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui sebab kami juga sudah adakan perjumpaan dengan mereka tidak sampai dua minggu lalu,” tambahnya lagi.
Kerajaan benarkan ibadah Umrah mulai 8 Februari
Baca Artikel Menarik:
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun