PM tegur JPM kurang promosi konsep Keluarga Malaysia
PM tegur JPM kurang promosi konsep Keluarga Malaysia
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegur Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kurang mempromosikan konsep Keluarga Malaysia yang digagaskannya.
Menurutnya, beliau berharap konsep yang dilancarkan pada Okt lalu mendapat sokongan semua pihak terutama warga JPM sendiri memandangkan hampir semua dasar kerajaan ditentukan di jabatan terbabit.
“Saya berharap apabila diumumkan Keluarga Malaysia, ia mendapat sokongan agensi-agensi selain menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan untuk promosikan konsep Keluarga Malaysia.
“Sepatutnya yang mendahului promosi konsep ini ialah JPM. KSN (Ketua Setiausaha Negara) sebagai pengerusi promosi ini, kadang-kadang saya lihat kurang peranan yang ditunjukkan oleh agensi atau jabatan di bawah JPM.
“Justeru, saya berharap dapat meningkatkan promosi konsep Keluarga Malaysia supaya orang lain dapat lihat bahawa JPM terlibat lebih ke hadapan berbanding orang lain. Bagaimana saya mahu minta sokongan orang lain jika kita selaku tuan rumah tidak lakukan sebaik-baiknya,” katanya ketika berucap dalam majlis amanat Perdana Menteri bersama warga JPM hari ini, menurut Utusan Malaysia.
Konsep “Keluarga Malaysia” menggariskan tiga teras utama, iaitu iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Sementara itu, Ismail turut berharap semua warga sektor awam khususnya JPM dapat menjalankan tugas dengan jujur dan berintegriti kerana seluruh mata tertumpu kepada jabatan itu dengan hampir seluruh perkara berkaitan dasar negara terletak di bawah mereka.
Beliau berkata, JPM mesti menunjukkan contoh terbaik kepada kementerian lain dan rakyat dari segi pengurusan agar rancangan kerajaan perlu dipastikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Berikutan itu katanya, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas memantau Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) supaya rakyat dapat merasai setiap usaha yang diumumkan kerajaan. FMT
PM tegur JPM kurang promosi konsep Keluarga Malaysia
Baca Artikel Menarik :
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
You must be logged in to post a comment.