One Maid One House ganti One Maid One Task

One Maid One House ganti One Maid One Task

Malaysia dan Indonesia bersetuju dengan isu-isu utama memorandum sefahaman (MoU) Induk Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang bakal ditandatangani pada 7 dan 8 Februari depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, isu-isu utama termasuk seperti One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI.

”Perbincangan berhubung One Maid One House telah dipersetujui untuk menggantikan cadangan One Maid One Task di mana satu PDI boleh digajikan bagi isi rumah tidak melebihi enam orang.

”Manakala One Channel System telah dipersetujui oleh kedua pihak sebagai saluran tunggal kemasukan PDI ke Malaysia,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah.

Katanya, isu berhubung struktur kos pengambilan akan dikaji setiap enam bulan bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan semasa mengambil kira antaranya seperti kos penerbangan dan kuarantin.

Malaysia dan Indonesia juga turut bersetuju untuk projek rintis pengambilan sejumlah 10,000 PDI dan dijangka dilaksanakan dalam masa satu minggu selepas MOU ditandatangani.

Projek rintis ini amat penting dan signifikan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan MOU dan seterusnya menambah baik sebarang kelemahan yang timbul, tambahnya.

Di samping itu, pihak Indonesia juga bersetuju membenarkan kemasukan 10,000 tenaga kerja warga Indonesia untuk sektor perladangan.

Ini sebagai permulaan kepada pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas sebagaimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April 2021. MG

One Maid One House ganti One Maid One Task


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker