Netizen kecam Exco N9 cadang tubuh akademi roti canai
Netizen kecam Exco N9 cadang tubuh akademi roti canai
Netizen mengecam cadangan membuka akademi khusus untuk mengajar kemahiran menebar dan menyediakan roti canai pertama di Negeri Sembilan.
Hasrat itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani di Facebooknya Sabtu lalu.
Katanya, perkara itu bakal menjadi realiti dalam tempoh dua bulan akan datang dan ia dijangka menjadi negeri pertama mempunyai pusat latihan seumpama itu secara formal.
“Berdasarkan pengamatan saya, karier dalam penyediaan roti canai ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Gaji sebagai penebar roti canai juga boleh tahan,” katanya.
Bagaimanapun cadangan Taufek itu mendapat kecaman warganet di media sosial.
Seorang pengguna media sosial, @Folkloreswifty mempersoalkan sama ada negara benar-benar memerlukan akademi menebar roti canai.
“Kerjalah mana-mana kedai mamak untuk dapatkan pengalaman tebar roti canai”, tulisnya.
@AlawiyahYussof dalam komennya pula tanpa berselindung berkata: “Apa benda ini? Apa mata pelajaran yang diajar.”
Sementara itu, @KakTon pula berpendapat negara luar sudah jauh lebih maju ke depan.
“Negara Jepun perkasakan belia dengan teknologi, buat robot, inovasi baru komputer dan enjin, 3D-4D, inovasi makanan dengan “self-heating bento box”.
“Kita. Belajar tebar roti canai sahaja. Jadilah,” katanya.
Seorang lagi warganet, Kelvin pula berkata: “Tebar roti canai gaji RM2,500 hingga RM3,500. Kalau pandai adun tepung sampai jadi roti canai, baik niaga sendiri lagi untung.” FMT
Netizen kecam Exco N9 cadang tubuh akademi roti canai
Baca Artikel Menarik :
- Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
- GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
- Bila PAS sama PAS berperang
- Vicha akhirnya tayang suami tercinta
- Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
- PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.