9 lagi korban, jumlah kumulatif kematian kepada 31,882

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak sembilan kematian baru Covid-19 semalam (23 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,882.

Serupa dengan jumlah korban pada 18 Jan, ini adalah jumlah kematian paling rendah yang dilaporkan sejak 23 Apr 2021.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, seorang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 966 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Johor dan Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu tiga setiap satu, membentuk 33.3 peratus daripada kematian baru dilaporkan, manakala Perak, Sabah dan Selangor masing-masing satu.

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Terengganu, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga kini, 694 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,174 kematian Covid-19 dilaporkan pada Disember 2021, 1,612 pada November 2021, 2,704 pada Oktober 2021 dan 9,678 pada September 2021.

Setakat semalam, terdapat 45,120 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 9.5 peratus daripada 41,199 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 3.8 peratus daripada 46,877.

9 lagi korban, jumlah kumulatif kematian kepada 31,882


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker