PRN Johor: MIC Boleh Tanding Lima Kerusi Kalau BN Pusat Beri ‘Green Light’ – Hasni

PRN Johor: MIC Boleh Tanding Lima Kerusi, Kalau BN Pusat Beri ‘Green Light’ – Hasni

JOHOR BAHRU: Permintaan MIC Johor untuk bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, boleh dilaksanakan sekiranya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau tidak akan membantah sekiranya Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkannya berbuat demikian.

Tambah Menteri Besar Johor itu lagi, beliau harap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sendiri dapat menyampaikan hasrat untuk bertanding di lima kerusi itu, untuk dibincangkan di peringkat pusat.

“Mengenai tambahan kerusi DUN untuk calon-calon MIC, saya kata dekat Tan Sri Vignes, Tan Sri duduk di peringkat nasional, bincang baik-baik dengan Pengerusi BN, kalau itu arahan kepada saya, maka itu yang akan kita lakukan.

I will not object any agreement, you just tell me, and I will work with you, kalau nak accommodate kerusi untuk MIC,” katanya ketika berucap di Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan hasrat MIC untuk bertanding di lima kerusi DUN Johor, iaitu Kahang, Tenggaroh, Mengkibol, Skudai, dan Tangkak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), MIC bertanding di empat kerusi, dan memenangi dua daripadanya iaitu Kahang dan Tenggaroh.

Dalam sidang media susulan, Vigneswaran berkata, beliau akan membawa hasrat MIC Johor itu ke peringkat pusat secepat mungkin dalam proses rundingan kerusi antara komponen BN.

“Semua orang ada permintaan, dan kita juga minta, tetapi permintaan ini dibuat di peringkat negeri kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan juga kepada keputusan yang akan dibuat oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN (Ahmad Zahid).

“Keputusan muktamad ini akan ditentukan oleh Pengerusi BN, tetapi sebagai sebahagian daripada kepentingan negeri, wajar saya bawa juga kepentingan MIC,” katanya lagi.-AA

PRN Johor: MIC Boleh Tanding Lima Kerusi, Kalau BN Pusat Beri ‘Green Light’ – Hasni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker