PRN Johor, kerjasama UMNO dan PAS akan berhasil?

SHAH ALAM – Tindakan Pas mahu mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk membentuk kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah selari dengan keputusan muzakarah Majlis Syura Ulamak, pada 29 Disember lalu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebelum ini Mursyidul Am Pas dalam satu kenyataan menegaskan perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Mohd Khairuddin berkata, langkah itu juga membolehkan Pas dan parti Melayu Islam lain mendapat kemenangan dengan majoriti besar dalam pilihan raya akan datang.

“Perundingan berkenaan juga bagi mendorong kerjasama dan pemuafakatan yang lebih baik antara gabungan Muafakat Nasional (MN) dn Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka lebih mencabar melibatkan masa depan negara dan umat Islam di negara ini,” katanya katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memberi bayangan parti itu sedia bekerjasama dengan UMNO pada PRN Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tertinggi UMNO dalam masa terdekat.

PRN Johor akan jadi penentu hidup mati Muafakat Nasional,

“Kita tunggu dululah PRN Johor jadi atau tidak, kalau jadi kita akan adakan perbincangan dengan UMNO. Komitmen kita sebenarnya dengan UMNO dan lain-lain parti masih lagi berjalan dan kita harapkan mampu mengadakan kerjasama yang baik dalam konteks politik,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin, menegaskan perbincangan mengenai kerjasama antara Pas dan UMNO Johor untuk bekerjasama dalam PRN sedang berjalan dan masih belum mempunyai kata putus mengenainya.

Abdullah berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan selepas rundingan selesai.

“Setakat ini rundingan masih berjalan dan perjumpaan secara rasmi melibatkan kepimpinan tertinggi Pas Johor dengan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar Johor masih belum dilakukan.

“Ini termasuk perbincangan berkenaan pembahagian kerusi jika PRN dilakukan dalam masa terdekat.

“Kita masih berbincang sama ada bekerja sama dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), setakat ini belum ada keputusan Pas Johor akan bersama-sama siapa,” katanya.

PRN Johor, kerjasama UMNO dan PAS akan berhasil?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker