Perdana Menteri lawat Mahathir di IJN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU).
Beliau tiba di IJN pada 5.35 petang dan sempat melambai kepada media di perkarangan pusat rawatan itu.
Sebelum itu, kelihatan kenderaan Istana Negara berada di perkarangan IJN.
Terdahulu, timbul dakwaan Mahathir berada di CCU dalam keadaan membimbangkan.
Jurucakap IJN mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu kini sedang menerima rawatan di CCU.
Namun, keadaannya dan sebab dimasukkan ke IJN masih belum diketahui.
Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Jan dan dibenarkan keluar pada 13 Jan lalu.
Beliau pernah menjalani dua pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.
Perdana Menteri lawat Mahathir di IJN
Baca Artikel Menarik:
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET