Speaker DUN Johor nafi terima surat bubar dewan

Speaker DUN Johor nafi terima surat bubar dewan

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, menafikan menerima surat permohonan pembubaran DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN), diadakan dalam masa terdekat.

Suhaizan berkata, pihaknya belum menerima sebarang surat berkaitan perkara itu termasuk dari Menteri Besar Hasni Mohammad.



“Tidak benar. Saya atau pejabat Speaker tidak menerima apa-apa surat pun berkaitan PRN, setakat hari ini.

“Tunggu Ahad nanti apabila pejabat dibuka semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebuah portal hari ini mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Hasni telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor.

Laporan itu yang memetik sumber Umno yang turut mendakwa konon DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor.



Tengah hari tadi, Hasni dilaporkan memberi isyarat PRN Johor, mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Ketua Umno Johor dilaporkan turut memberi jaminan, jika PRN Johor dilaksanakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu sebarang urusan pentadbiran kerajaan negeri. FMT

Speaker DUN Johor nafi terima surat bubar dewan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Cerai, hilang datuk dalam sehari



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker