Kemelut Lee Zii Jia dan BAM, Peja akhirnya mainkan peranan

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu akhirnya akan bertemu pemain badminton nombor satu negara Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari jalan penyelesaian bagi kemelut yang melanda mereka.

Katanya kedua-dua pihak mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu tersebut.

“Pada hemat saya isu di antara BAM dan Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendukung serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini,” katanya.

“Saya akan bertemu dengan kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Faizal itu hadir di tengah-tengah krisis yang berlaku membabitkan juara All England itu dengan badan induk sukan badminton negara.

Zii Jia disahkan bertindak meninggalkan BAM pada minggu lalu untuk menjadi pemain profesional yang bergerak di luar badan berkenaan.

Selamat tinggal BAM – Lee Zii Jia

Ekoran tindakan tersebut BAM petang tadi memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan lelaki berkenaan menyertai mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.

“Selepas mempertimbangkan semua faktor, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Jan,” kata Timbalan Presiden BAM, Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Ahmad Faizal berkata tidak sewajarnya negara mempertaruhkan masa depan Zii Jia dan kedudukan Malaysia di pentas badminton antarabangsa.

“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zii Jia main wayang?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker