Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail

Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail

Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa wakil rakyat pembangkang “ghaib” ketika bencana banjir melanda beberapa negeri pada 17 Dis lalu.

Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau bergegas melawat kawasan banjir pada lewat malam ketika musibah melanda untuk membantu mangsa banjir, bagaimanapun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak kelihatan.

“Saya tidak tahu, berapa ramai Ahli Parlimen dan ADUN hilang ketika itu saya tak nampak mereka bekerja waktu malam itu,” katanya sekali gus mencetuskan bantahan daripada wakil pembangkang termasuk Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam).

Dewan Rakyat kemudiannya menjadi huru-hara selepas Ahli Parlimen pembangkang bangun membidas kenyataan Ismail yang mengkritik kerajaan negeri Selangor dalam mengurus bencana banjir. FMT

Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker