Tipu projek korek pasir RM1 juta, empat beranak mengaku tidak bersalah
Tipu projek korek pasir RM1 juta, empat beranak mengaku tidak bersalah
MELAKA – Empat beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan projek mengorek pasir tidak wujud membabitkan kerugian RM1 juta, dua tahun lalu.
Tertuduh, Wong Tiing Kiong, 64, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Nariman Badruddin sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Dalam prosiding berlainan, tiga anaknya Wong Sing Kung, 44,; Amy Wong E Tim, 33, dan Felix Wong Sing Jie, 27, turut didakwa dan membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Maziah Joary Tajudin
Mengikut pertuduhan terhadap Tiing Kiong, tertuduh didakwa dengan curangnya menipu, mendorong dan memperdayakan Chong Teamwork Marketing Sdn. Bhd. dengan menawarkan projek menggali pasir tidak wujud.
Perbuatan tersebut telah mendorong syarikat terbabit menyerahkan wang berjumlah RM1 juta menerusi dua cek Public Bank bernilai RM500,000 setiap satu kira-kira 10.10 pagi di Melaka Raya, dalam daerah Melaka Tengah pada 19 April 2019.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Tiga lagi anaknya pula didakwa telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 420 serta Seksyen 34 akta sama.
Sabit kesalahan tiga beradik itu juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda. K Online
Tipu projek korek pasir RM1 juta, empat beranak mengaku tidak bersalah
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.