'PKP' Terhadap Babi Dicadangkan Kawal Wabak Demam Babi Afrika (ASF) — MYKMU.NET

‘PKP’ Terhadap Babi Dicadangkan Kawal Wabak Demam Babi Afrika (ASF)



‘PKP’ Terhadap Babi Dicadangkan Kawal Wabak Demam Babi Afrika (ASF)

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mencadangkan supaya satu langkah pengawalan umpama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan terhadap ternakan babi sebagai langkah mengawal wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda industri haiwan itu.

Beliau yang juga jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen PKR mencadangkan empat lagi strategi iaitu melibatkan pendekatan seluruh jentera kerajaan, meningkatkan biosekuriti ladang, pemberian pampasan kepada penternak terkesan dan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi usaha memusnahkan babi dijangkiti ASF.

“Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja,” katanya kepada media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memuji tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas dalam menangani penularan wabak ASF.

Penyakit ASF dikesan pada babi ternakan di beberapa negeri termasuk di ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka dan setakat ini sebanyak 16,000 ekor babi dijangkiti di 19 ladang di Melaka telah dilupuskan.- BERNAMA




‘PKP’ Terhadap Babi Dicadangkan Kawal Wabak Demam Babi Afrika (ASF)

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214




Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

ongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: