Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar

RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi meramalkan bahagian utara negara itu akan berdepan gelombang sejuk sehingga mencatatkan suhu di bawah sifar.

Sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini selain suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, adalah satu darjah celsius.

Dalam ramalan hariannya, NCM berkata penurunan suhu itu akan berterusan di kebanyakan wilayah, bersama kabus dan awan hujan, disertai angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan mendatar di beberapa bahagian di Madinah, Riyadh dan wilayah Timur.

Kemungkinan berlaku ribut petir disertai angin aktif adalah tinggi di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Makkah, lapor agensi berita Arab News.

Dalam ciapan di Twitter, NCM memaklumkan suhu terendah direkodkan di wilayah Turaif. Ia mencatatkan suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini dengan di bawah sifar darjah celsius, diikuti di Qurayyat dan Arar.

Sementara itu, Pengarah Pusat Meteorologi Kebangsaan di wilayah Tabuk, Farhan Al-Anzi, berkata pihaknya merekodkan suhu di bawah sifar. Salji di muhafazah akan berterusan pada Selasa

Bandar utama lain di wilayah utara, seperti Tabuk, Arar, Rafha dan Shaqraa turut mencatatkan penurunan suhu di bawah sifar dengan berlakunya salji lebat.

Di Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat). BH

Sebahagian Arab Saudi catat suhu di bawah sifar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker