Resepi Ayam Masak Merah Berbijan Pedas Manis

Resepi Ayam Masak Merah Berbijan Pedas Manis

Resepi ini merupakan sejenis hidangan berasaskan ayam yang bukan sahaja ringkas untuk disediakan tetapi juga amat sedap. Ayam masak merah bijan ini menggunakan bahan- bahan yang hampir sama dengan ayam masak merah biasa namun dalam resepi ini ianya sedikit berbeza kerana penggunaan biji bijan. Ianya memberi aroma menarik serta menyelerakan terutama bila digabung dengan pelbagai rasa pedas, manis dan sedikit masam. Baiklah bagi anda yang sedang mencari idea masakan, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan



Ayam dipotong kecil
Tepung goreng ayam bestari
Bahan sambal
Bawang merah, putih dan halia yang dikisar
Cili boh 3 tbsp besar
Cili sos 1 tbsp
Tomato sos ½ tbsp
Madu 1 tbsp
Sos korea 1bsp
Bahan lain
Bijan putih yang disangai lebih dahulu
Daun bawang hiris
Bawang goreng

Kaedah

Bersihkan ayam, perap dengan tepung bestari.
Celup dengan tepung bestari dan goreng dengan minyak penuh
Ketepikan
Selepas itu sediakan bahan sambal pula
Tumis bahan yang telah dikisar, masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
Masukkan sos cili, tomato, madu dan sos korea.
Tambah garam sedikit untuk rasa tapi jangan terlalu banyak kerana sos-sos yang digunakan telah ada garam.
Apabila semua bahan telah sebati, masukkan ayam dan gaul sebati.
Taburkan dengan bijan, daun bawang dan bawang goreng jika suka
Siap!

Masakan ini selain dimakan bersama nasi ia juga sedap bila diratah. Jika anda tidak suka pedas, abaikan penggunaan cili korea kerana ianya agak pedas. Selamat mencuba!



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ayam Masak Merah Berbijan Pedas Manis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker