Diaspora Malaysia Gembira Dengan PM Pelaksanaan Koridor Perjalanan Dengan Indonesia
Diaspora Malaysia Gembira Dengan PM Pelaksanaan Koridor Perjalanan Dengan Indonesia
JAKARTA: Diaspora Malaysia di Indonesia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka pintu sempadan negara bagi pelaksanaan koridor perjalanan antara kedua-dua negara.
“Salah satu perkara yang akan saya umumkan ini dan juga akan menggembirakan semua iaitu, kita akan membuka sempadan Malaysia-Indonesia,” kata perdana menteri semasa berucap di majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini dan disambut dengan tepukan gemuruh lebih 150 warga Malaysia yang hadir.
Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan presiden yang juga dikenali dengan panggilan Jokowi itu sebagai sangat mesra.
Dalam sidang media bersama Jokowi di Istana Bogor tengah hari semalam, Ismail Sabri mengumumkan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk laksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.
Perancangan di peringkat awal akan membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali.
Sementara itu, Malaysia dan Indonesia akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.
“Saya percaya, melalui hubungan yang matang ini, Malaysia dan Indonesia akan mampu untuk mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama yang sedia ada,” kata Ismail Sabri.
Pertemuan dengan warga Malaysia merupakan aturcara terakhir hari kedua lawatan rasmi tiga hari perdana menteri ke Indonesia. Ia merupakan lawatan sulung Ismail Sabri ke negara jiran itu sejak dilantik ke jawatan perdana menteri pada Ogos lepas.
Esok, beliau dijadualkan melawat fasiliti industri pertahanan di wilayah Bandung, sekitar 150 kilometer dari sini sebelum berangkat pulang.
Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq.– BERNAMA
Diaspora Malaysia Gembira Dengan PM Pelaksanaan Koridor Perjalanan Dengan Indonesia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak kelar leher ibu maut digilis lori
- Saiful Apek jadi pemain bola sepak [VIDEO]
- 18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air
- Thalita Latief dituduh perampas suami orang
- Ancaman Pneumonia pesakit Covid-19 lepas sembuh
- PRN Melaka: Pilih biru yang ori, bukan yang cetak rompak – Zahid
- PRN Melaka: PN, PH Ada Masalah Calon Ketua Menteri Melaka Ke?
- Zulfarhan maut kerana fitnah bomoh, kata ayah
- Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah
- Dynasty in making: Khalil in line for PAS top post?
- Roti canai biawak [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.