Menteri serah kepada polis siasat KP Jabatan Kehakiman Syariah

Menteri serah kepada polis siasat KP Jabatan Kehakiman Syariah

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menterinya, Idris Ahmad berkata, perkara iitu dalam siasatan polis dan pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa polis dan undang-undang negara.



Menurutnya, beliau berharap semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang dan terperinci berkenaan isu itu.

“Siasatan itu akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu berkenaan dan sebarang kenyataan boleh yang mengganggu siasatan perlulah dihentikan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Na’im didakwa terbabit jenayah moral susulan pendedahan oleh seorang bekas pemimpin Umno di Facebook pada 10 dan 13 Januari lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) Ibrahim Deris membuat gesaan supaya Mohd Na’im direhatkan sehingga siasatan terhadapnya selesai.



PPSM menerima maklum balas bahawa ahli PPSM sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Na’im apabila status moral peribadinya menjadi bahan pertikaian di khalayak ramai yang boleh menyebabkan institusi kehakiman syariah dipandang rendah oleh masyarakat. HM

Menteri serah kepada polis siasat KP Jabatan Kehakiman Syariah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker