Harga pelekat RFID, LLM sedia bincang dengan PLUS, Touch ‘n Go

Harga pelekat RFID, LLM sedia bincang dengan PLUS, Touch ‘n Go

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersedia mengadakan pertemuan dengan PLUS Malaysia (PLUS) dan Touch ‘n Go untuk membincangkan pengurangan harga pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Sumber memaklumkan kepada FMT bahawa kerajaan sedang berusaha meredakan kemarahan orang ramai.

Pelekat berharga RM35 itu tidak boleh dipasang di dalam kereta.

“Ia dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu hadapan. Masalahnya adalah ia cepat lusuh. Ia boleh rosak selepas kereta dicuci beberapa kali,” kata sumber.

Sumber mengakui perkara itu menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung kos untuk beralih kepada penggunaan RFID.

“Idea unuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmartTAG bagus, tetapi semuanya mestilah berjalan lancar,” katanya. “Kerajaan telah memberitahu PLUS dan Touch ‘n Go supaya memastikan semua berjalan secara teratur.”

Semalam, bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan harga jualan RM35 walaupun pelekat itu boleh dibeli secara dalam talian dengan harga RM1.

Menerusi catatan di Facebook, Najib berkata, harga itu patut dikurangkan kepada RM5 sekiranya ia tidak diberikan secara percuma.

FMT cuba menghubungi pihak Touch ‘n Go untuk mengulas perkara itu.

Pada Isnin, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof memberitahu Touch ‘n Go dan PLUS supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pembayaran RFID.

Ini susulan maklum balas orang ramai berhubung kesesakan teruk di sesetengah plaza tol selepas RFID mula digunakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang ke Plaza Tol Skudai di Johor.

PLUS memberitahu bahawa sekurang-kurangnya satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer (km) itu. FMT

Harga pelekat RFID, LLM sedia bincang dengan PLUS, Touch ‘n Go


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

One Comment

  1. Setahu saya pelekat RFID dijual oleh Touch ‘n Go dan bukan dikeluarkan atau dijual oleh syarikat konsesi seperti PLUS.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker