Sticker RFID RM35: Idea Siapa Yang Bersungguh-sungguh Jaga Bank Besar ini?

SEKILAS ikan di air, sudah kita tahu jantan betinanya, perumpamaan yang sangat tepat mengambarkan isu sticker RFID yang dikatakan dijual pada harga melampau.

Kos sticker RFID pasif biasanya dibawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula perlu dijual pada harga RM35? Adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?

Syarikat Touch ‘n Go dimiliki Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Untuk makluman Syarikat Touch N Go sudah bernilai RM3 bilion di mana Bank CIMB telah memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lepas akibat kenaikan nilai syarikat Touch N Go.

Persoalannya, kenapa masih mahu jual sticker RFID yang kosnya kurang dari seringgit pada harga RM35 sekeping? Jika tidak mahu beri percuma lagi, turunkanlah harganya kepada RM5.

Fokuslah pada perniagaan teras iaitu e-wallet saja. Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan sticker. Jangan jaga kepentingan bank-bank besar sahaja sehingga membebankan rakyat biasa.

Dengar khabar Menteri yang bertanggungjawab ini sangat tidak suka kepada parti UMNO. Mungkin kerana parti UMNO sentiasa mengutamakan rakyat. Kepentingan bank-bank besar bukan keutamaan UMNO.

Sticker RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah dan ianya memang percuma dari tahun 2018 hingga Feb 2020. Bermula 15 Feb 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula.

Rakyat sangat terbeban dengan kos sara hidup yang melampau ketika ini. Mereka mahu dibebankan dengan satu lagi kos yang tidak munasabah? Melampau sungguh!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker