Kanada tamatkan kontrak Supermax
Kanada tamatkan kontrak Supermax
Kanada menamatkan kontrak penyumberannya dengan pembuat sarung tangan Malaysia, Supermax Corp Bhd berikutan dakwaan buruh paksa, kata jabatan perkhidmatan awam dan perolehan negara itu.
Kilang-kilang Malaysia yang membuat produk daripada sarung tangan perubatan hingga minyak sawit semakin mendapat perhatian terhadap dakwaan penyalahgunaan pekerja asing, yang membentuk sebahagian besar tenaga kerja pembuatan.
Kanada menghentikan pengimportan sarung tangan Supermax pada November, dengan berkata ia akan menentukan langkah seterusnya selepas menerima laporan audit mengenai amalan buruh firma itu.
“Berdasarkan keseriusan dakwaan dan jangka masa yang dijangkakan untuk keputusan audit akhir, kerajaan Kanada memutuskan dan Supermax Healthcare Canada bersetuju, untuk menamatkan dengan persetujuan bersama dua kontrak sedia ada untuk pembekalan sarung tangan nitril,” kata jabatan itu kepada Reuters dalam satu kenyataan melalui e-mel, hari ini.
November lalu, Supermax berkata, ia akan mempercepatkan proses yang dimulakan pada 2019 untuk memenuhi piawaian buruh ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Langkah Kanada menghentikan import tahun lalu berikutan larangan import Supermax oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober.
Kastam AS memetik maklumat munasabah yang dikatakan menunjukkan penggunaan buruh paksa dalam operasi pembuatan firma Malaysia itu.
Supermax berkata, ia sedang berhubung dengan agensi AS itu untuk mendapatkan lebih kejelasan dan ia sudah menugaskan firma perunding bebas untuk menjalankan audit ke atas status pekerja asing di kilangnya.
Awal bulan ini, Supermax berkata, ia memperkenalkan dasar pengurusan pekerja asing baharu dan mempertingkat dasar sumber manusia semasa berdasarkan dakwaan buruh.
Peningkatan jumlah dakwaan mengenai layanan buruh di syarikat Malaysia mula menjejaskan perniagaan.
Pada November, pembuat perkakas rumah, Dyson menamatkan kontrak dengan pembekal alat ganti terbesarnya, firma Malaysia ATA IMS Bhd, atas dakwaan buruh paksa.
ATA mengakui beberapa pelanggaran, membuat beberapa penambahbaikan dan berkata ia kini mematuhi semua peraturan dan piawaian. BH
Kanada tamatkan kontrak Supermax
Baca Artikel Menarik :
- Normala Samsudin tidak peduli ibu di kampung?
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran
- Lembu terputus kepala dibaham harimau
- Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
- Nak beraya, ambil dos penggalak
- Scha Alyahya nak pulun habis
- Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta
- Penghijrahan ke Malaysia sesuatu yang cukup bermakna – Zakir Naik
- Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8
- Ada nak lamar Rohana
- Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
You must be logged in to post a comment.