44 Pelajar Asrama Positif Covid-19

44 Pelajar Asrama Positif Covid-19

Kota Bharu: Seramai 44 pelajar asrama sekolah berasrama penuh di sini, dikesan positif Covid-19, sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kluster yang membabitkan pelajar asrama sekolah itu diisytihar pada 14 Januari lalu sebagai Kluster Embi Telipot.



Katanya, siasatan dijalankan dan mengenal pasti 256 orang kontak rapat.

“Kesemua kontak rapat diarahkan untuk menjalani kuarantin. Mereka juga dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu.

Mengulas berhubung dakwaan tular yang mendakwa kes Covid-19 itu berpunca daripada seorang pelajar di mana ibu bapanya baharu pulang daripada menunaikan umrah dan disahkan dijangkiti varian Omicron, Dr Zaini berkata, dakwaan itu tidak benar kerana belum ada keputusan varian Omicron bagi sampel ibu bapa pelajar berkenaan.



“Namun, pihak kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kes Covid-19 di sekolah itu.

“Kita sahkan, ada kluster Covid-19 di sekolah berkenaan yang membabitkan pelajar asrama,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan mesej yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa dan masyarakat.-HM

44 Pelajar Asrama Positif Covid-19



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker