Ibu Daniel sedia terima maaf



Ibu Daniel sedia terima maaf

Ibu kepada Daniel Iskandar yang tular sebelum ini dimandikan secara jenazah bersedia dan terbuka menerima permohonan maaf daripada pihak masjid yang merakam insiden anaknya itu.

Jasma Rosli, 41, berkata, sebagai manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dengan saranan hakim mahkamah tinggi (Datuk Abdul Halim Aman) adalah bersifat menjernihkan keadaan.

“Sebagai ibu saya bersyukur kepada Allah terhadap mereka (peguam) yang mengambil kes ini dan memberikan terbaik untuk Daniel demi masa hadapan dan dirinya.

“Tiada masalah, kalau kesemua pihak bermaafan, alhamdulillah. Apa yang tuan hakim beri pendapat dan keputusan adalah untuk semua sebagai pengajaran,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semakan kehakiman anaknya di sini hari ini.




Jasma turut meminta orang ramai agar tidak cepat ‘menjatuhkan’ hukum terhadap sesuatu insiden selepas ini.

Dalam pada itu, Jasma turut mengakui pengajaran diterima daripada kejadian itu adalah berpunca daripada ibu bapa.

“Saya akui kesilapan dan kecuaian saya sehingga menyebabkan perkara ini berlaku,” katanya.

Daniel yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tinggal bersama datuknya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketikanya berusia lapan tahun.

Ketika ditanya pemberita mengenai perancangan Daniel akan tinggal bersama siapa, Jasma menegaskan menyerahkan perkara tersebut kepada anaknya itu.




“Saya tidak mahu ada paksaan. Kalau saya kata dia adalah hak saya dan duduk bersama saya, mungkin akan memberontak lebih dari ini,” katanya. K Online

Ibu Daniel sedia terima maaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.