Industri Pelancongan di Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara Perlu dikomersialkan

Oleh Kamarulzaman Bin Pid

Masjid Tanah: Pantai yang memutih dan terhampar di sepanjang Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara di sini, menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri berkunjung ke daerah ini.

Saban hari terutama pada hujung minggu, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara akan dipenuhi pengunjung yang datang untuk berkelah dan mandi manda di pantai itu.



Menyedari potensi kedua-dua kawasan peranginan itu dalam menjana pendapatan penduduk di kawasan berkenaan, calon Barisan Nasional (BN), bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid, tampil dengan idea yang bernas.

Katanya, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara sepatutsepatutnya boleh dibangunkan lebih maju berbanding Langkawi dan Pulau Pangkor.

“Apa yang perlu diberi perhatian adalah menarik penyertaan hotel-hotel besar untuk beroperasi di kawasan ini.

“Dengan adanya penyertaan hotel yang lebih besar, bilangan pelancong sudah pasti akan meningkat dan seterusnya meningkatkan industri pelancongan di sini,” katanya.



Dalam masa sama, katanya, banyak infrastruktur yang perlu ditambah baik seperti rangkaian jalan raya yang lebih teratur, sistem saliran yang cekap dan tahap kebersihan yang perlu diberi perhatian.

“Kehadiran pelancong ini juga diyakini akan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan ini terutama dalam industri kecil dan sederhana,katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker