UMNO Johor Tolak ‘Spekulasi’ Bubar DUN Hari Ini

UMNO Johor Tolak ‘Spekulasi’ Bubar DUN Hari Ini

KULAI, 15 Jan – UMNO Johor hari ini menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata UMNO Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu.

“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapapun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekalkan berkhidmat untuk rakyat dan sehingga sekarang kami tumpukan kepada kerja-kerja COVID-19 dan banjir,” katanya kepada pemberita selepas hadir Program Seminar Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada program secara tertutup itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi  Perhubungan UMNO Johor.

Kerajaan negeri Johor yang kini dipimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN susulan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kempas Datuk Osman Sapian, meninggal dunia 21 Dis tahun lepas.

Barisan Nasional kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi DUN. – BERNAMA

UMNO Johor Tolak ‘Spekulasi’ Bubar DUN Hari Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker