Joe Biden kecundang, Mahkamah Agung AS tolak mandat vaksin

WASHINGTON DC – Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak perintah dikeluarkan pentadbiran Joe Biden, untuk mewajibkan pekerja di syarikat-syarikat besar divaksin dan jalani ujian berkala mingguan.

Keputusan itu dibuat kerana mandat vaksin berkenaan melampaui bidang kuasa pentadbiran Biden.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan mandat vaksin terhad boleh terpakai ke atas kakitangan fasiliti penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan.

Pentadbiran Biden sebelum ini bertegas mahu kuatkuasa mandat vaksin untuk memerangi pandemik COVID-19.

Sementara itu, Presiden Biden kecewa dengan keputusan mahkamah, yang disifatkan menolak keperluan untuk menyelamatkan nyawa, berdasarkan dapatan kajian sains.

Beliau bagaimanapun akan tetap menggunakan suaranya untuk memperkasa kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan vaksin.

Biden juga mendesak pemimpin di syarikat besar untuk menurut langkah mewajibkan vaksin dalam kalangan pekerja. – Awani

Joe Biden kecundang, Mahkamah Agung AS tolak mandat vaksin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker