Terima Kasih Ringankan Beban – Mangsa Banjir Luah Rasa Syukur Terima Bantuan
Terima Kasih Ringankan Beban – Mangsa Banjir Luah Rasa Syukur Terima Bantuan
“Terima kasih banyak-banyak, kerajaan beri banyak bantuan,” kata Pang Lu Tan, 72, antara ribuan penduduk dari Taman Sri Muda dan sekitarnya di sini yang menjadi mangsa banjir besar, bulan lalu.
Warga emas itu yang tinggal di petempatan berkenaan sejak 35 tahun lalu, adalah antara 1,500 ketua isi rumah (KIR) yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Azalea, Seksyen 25, di sini semalam.
Katanya, bukan sahaja prosedur permohonan bantuan berkenaan berjalan lancar dan tidak banyak kerenah, proses penerimaannya juga sangat mudah.
Lu Tan menyertai mangsa-mangsa lain bencana itu, melahirkan kesyukuran dengan keprihatinan kerajaan mempercepat dan memudahkan proses permohonan dan penerimaan bantuan terbabit.
“Masa saya datang (lokasi penyerahan bantuan), orang ramai, tapi semua berjalan lancar, kena sabar tapi tiada sebarang masalah. Banjir tempoh hari merosakkan tingkat bawah rumah, jubin jatuh, cat tanggal, pintu terkopak terus, saya mahu baiki elok-elok sebab saya berjimat cermat untuk beli rumah itu, saya sayang rumah saya,” katanya ketika ditemui.
Bagi Anizan Sampol, 46, lelaki kelainan upaya yang hadir ditemani isteri, Siti Rokoyyah Hasan, 41, dia juga amat terharu dan sebak menerima wang bantuan itu.
“Terima kasih kepada kerajaan atas bantuan ini, sekurang-kurangnya ia meringankan beban saya. Alhamdulillah, semua dipermudahkan sepanjang proses mendapatkan bantuan ini,” katanya.
Bagi N Sivakumar, 46, bantuan kerajaan negeri dan Pusat memberikan kelegaan dan kegembiraan kepadanya sekeluarga.
“Dengan bantuan wang ini, dapatlah saya beli keperluan rumah terutamanya yang rosak akibat banjir,” katanya yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Seksyen 16, di sini.
Bantuan sama turut diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di Dewan Kenanga, Seksyen 28, di sini, selain di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat.
Bagi pekerja kontrak di Paya Indah Wetlands, Saharudin Musa, 57, tiada apa dapat diucapkan selain jutaan terima kasih dan bersyukur kepada kerajaan atas keprihatinan membantu penduduk yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian besar selepas banyak barangan dan kelengkapan rumah, selain kenderaan rosak ditenggelami air.
Menyifatkan penyerahan segera bantuan itu sebagai tindakan terbaik kerajaan kerana memahami kesusahan dihadapi rakyat, beliau berkata, penduduk tidak berhadapan kerenah bagi mendapatkan bantuan, hanya perlu mengisi borang dan menyertakan dokumen sokongan kepada ketua kampung sebelum permohonan diluluskan segera.
“Bantuan yang diterima ini akan digunakan bagi membaik pulih rumah yang rosak, sebahagiannya bagi membiayai pendidikan anak di kolej,” katanya.
Sementara itu, Dr Mazlina Abdullah, 58, dari Taman Seri Changgang, berkata keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan BWI diberikan segera amat dipuji kerana ia dapat membantu mangsa terjejas banjir pada Disember lalu.
“Saya menanggung kerugian apabila banyak barangan elektrik dan perabot ditenggelami air. Bantuan disalurkan kerajaan ini sangat cepat dan inisiatif sebeginilah yang ditunggu-tunggu rakyat bagi mendapatkan pembelaan ketika mereka berhadapan kesukaran.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu, rata-rata mangsa banjir juga gembira kerana inisiatif ini dapat meringankan beban dan menceriakan kami semula selepas berhadapan kepayahan ketika dilanda musibah itu,” katanya. Vc
Terima Kasih Ringankan Beban – Mangsa Banjir Luah Rasa Syukur Terima Bantuan
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat