Banjir di Johor: 5 sekolah tak dapat beroperasi hari pertama persekolahan

Kelima-lima sekolah tersebut ialah tiga di Batu Pahat manakala dua lagi di Segamat.

Banjir di Johor: 5 sekolah tak dapat beroperasi hari pertama persekolahan

Lima buah sekolah di daerah Batu Pahat dan Segamat masih belum dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 akibat banjir.

Ia melibatkan tiga sekolah di Batu Pahat dan dua di Segamat.

Pengarah Pendidikan Johor, Md Said Md Daimon, berkata tiga sekolah di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Sri Nasib Baik.

“Manakala dua sekolah di Segamat ialah SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap. Dua sekolah ini mengalami masalah ketiadaan elektrik dan masih belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk digunakan.

“Dua sekolah di Segamat ini, dijangka akan mula beroperasi esok selepas disahkan selamat oleh JKR,” katanya menurut Berita Harian.

“Tiga sekolah di Batu Pahat pula terbabit dengan banjir bermaksud, sekolah itu dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu masih dinaiki air.”

Jelasnya lagi, sebanyak 40 sekolah di daerah ini masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.

Katanya, proses pembersihan sekolah masih lagi berjalan dan pihaknya sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu proses itu.

“Bagi sekolah yang masih lagi menjadi PPS, pembersihan akan dijalankan secara berperingkat.

“Seperti di SK Sri Gading, kita sudah bersihkan tetapi wap dan mendapan tanah itu timbul semula, dan menyebabkan kotoran. Jadi kita kena bersihkan semula. Saya percaya ramai sukarelawan akan bantu untuk bersihkan sekolah,” katanya.

Md Said berkata, bagi pelajar masih di PPS, sesi pembelajaran bergantung kepada kekosongan bilik darjah dan mereka akan menumpang masuk.

“Mereka (pelajar) boleh tumpang belajar walaupun PPS itu bukan sekolahnya,” katanya. FMT

Banjir di Johor: 5 sekolah tak dapat beroperasi hari pertama persekolahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker