Shebby tampak pucat, penat – Aidil

Shebby tampak pucat, penat – Aidil

“Saya nampak dia (Serbegeth Singh) petang tadi dalam pukul 5.15 ke 5.30 dekat ‘area’ rumah kami selepas ambil anak dari latihan bola. Rumah saya dengan dia tak jauh.

“Dari jauh saya nampak siapa yang naik basikal putih dan baju putih waktu panas macam ini, bila saya dekat rupanya dia. Saya pun angkat tangan dan dia pun angkat tangan juga”.



Itulah kali terakhir ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak terserempak dengan Serbegeth atau lebih dikenali dengan Shebby yang disahkan meninggalkan dunia petang tadi selepas dipercayai jatuh pengsan akibat sesak nafas ketika berbasikal di Iskandar Puteri, Johor.

Jelas Aidil, dia langsung tidak menyangka itu teguran terakhirnya buat bekas pemain pertahanan negara itu dan mengakui masih terkejut dengan berita menyedihkan itu.

Begitupun, Aidil berkata kepada Arena Metro, ketika Shebby mengangkat tangan kepadanya, abang kembar kepada penyerang Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha itu mengakui tidak sedap hati dengan keadaan Shebby ketika itu.

Katanya, bekas pertahanan kebangsaan era 80-an itu kelihatan penat dan pucat sedangkan Shebby baru saja memulakan kayuhannya petang tadi.



“Masa saya angkat tangan dan dia balas balik, saya nampak macam dia penat mungkin sebab bahang cuaca. Saya rasa dia baru saja nak berkayuh sebab rumahnya tak jauh lebih kurang satu kilometer saja dari tempat saya jumpanya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ujar Aidil lagi, pemergian Shebby sememangnya satu kehilangan besar buat arena bola sepak negara khususnya ketika dia mengulas sesuatu perlawanan.

“Walaupun saya tak pernah bermain di bawahnya, tapi kami kenal kerana sering berbual dan bersembang. Bagi saya secara peribadi, negara kehilangan seorang pengulas yang ikhlas dalam penyampaiannya, dan apa yang dikatakan olehnya memang masuk akal.

“Kita dah susah nak jumpa individu sepertinya lagi kerana bagi saya setiap apa yang dia ulas sebenarnya untuk kebaikan bola sepak dan dia juga nak lihat bola sepak kita maju ke depan,” katanya.



Terdahulu, Shebby meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang tadi selepas jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal.

Beliau memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan dan Pahang sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak pada tahun 1996.

Sejak bersara sebagai pemain kebangsaan, mendiang meneruskan khidmat sebagai jurulatih dan menjadi hos rancangan sukan di Asia.



Bukan sahaja pernah berkhidmat dalam mengendalikan pasukan kebangsaan, bahkan mendiang juga adalah Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012. HM

Shebby tampak pucat, penat – Aidil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker