Lentik saya lain – AC Mizal (Video)

Lentik saya lain – AC Mizal (Video)

Akibat tular video lelaki sedang menari mirip wajahnya, pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Datuk AC Mizal, 50, tak henti-henti menerima notifikasi di telefon selama dua hari.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini menerusi hantaran di media sosial dengan selamba bergurau bahawa persembahan tarian itu adalah pendapatan sampingannya.

“Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap tak pernah nampak bapanya pakai singlet hitam.

“Ini bukan saya. ‘Lentik’ saya lain, saya tak cukur ketiak okay! Okay siapa sebarkan video ini? Saya terpaksa cari ‘job’ sampingan. Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan. Dua hari notifikasi telefon tak berhenti-henti. Ingat apa, sudah pecah lubang (kantoi) saya buat ‘job’ tepi itu selain dari hos. Hebat tak? Demi mencari rezeki, tambah pendapatan,” katanya.

Menerusi hantaran itu, AC turut memuat naik video tarian lelaki tidak dikenali itu yang mempamerkan tarian lentiknya di sebuah acara.

Individu terbabit turut menggunakan lagu Fiona nyanyian 4U2C sebagai muzik latar.

Terdahulu, video berkenaan yang dikongsi di TikTok menjadi perbualan apabila wajah lelaki itu mirip AC. HM

Lentik saya lain – AC Mizal (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker