Tiada pemilihan UMNO pada PAU 16 Mac nanti

Tiada pemilihan UMNO pada PAU 16 Mac nanti

Tiada pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang dijadualkan berlangsung 16 Mac nanti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii.

Katanya, Mesyuarat MKT Umno yang berlangsung malam tadi membincangkan mengenai persiapan PAU serta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menerajui negara.

“Tiada pemilihan, sebaliknya hanya perhimpunan agung biasa yang memberi fokus kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Umno sebolehnya mahu seramai mungkin perwakilan hadir pada PAU kali ini, oleh itu kita sedang membincang prosedur dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Malaysiakini.

Umno pada Jun tahun lalu melalui mesyuarat MKT telah membuat ketetapan untuk menagguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat secara majoriti melalui resolusi pekeliling dan dipersetujui oleh MKT Umno.

Malam tadi MKT Umno memutuskan bahawa PAU 2021 akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac depan.

Sebelum ini, Umno menangguhkan PAU 2021 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Jan disebabkan bencana banjir yang melanda negara.

Dalam pada itu, Razlan berkata fokus utama Umno ketika ini adalah persiapan bagi menghadapi pilihan raya yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Mk

Tiada pemilihan UMNO pada PAU 16 Mac nanti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker