Asteroid berbahaya dekati Bumi 19 januari ini

Asteroid berbahaya dekati Bumi 19 januari ini

WASHINGTON – Sebuah asteroid gergasi bersaiz sepanjang satu kilometer diramalkan melintasi Bumi pada 19 Januari pukul 10.51 pagi (waktu tempatan), lapor akhbar Daily Star semalam.

Asteroid (7482) 1994 PC1 itu semakin hampir dengan Bumi sehingga diklasifikasikan sebagai berpotensi berbahaya oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Batu angkasa lepas bersaiz hampir tiga kali ganda Bangunan Empire State itu diramalkan menghampiri Bumi pada jarak yang terlalu dekat sehingga ahli-ahli astronomi mungkin melihatnya menembusi ruang angkasa dengan kelajuan 70, 415.237 kilometer sejam.

Menurut mereka, ia tidak akan mendekati Bumi melebihi jarak sehingga 1.9 juta kilometer iaitu lima kali ganda jarak antara Bumi dan bulan.

Menurut laman web Inverse, batu angkasa lepas itu pertama kali dikesan oleh Robert McNaught dari Balai Cerap Spring Siding di Australia pada 9 Ogos 1994.

Ahli-ahli Astronomi turut mendapati bahawa batu angkasa itu mengorbit Matahari sekali setiap 1.57 tahun dan akan mendekati Bumi sekali setiap 30 tahun atau lebih.

Jarak yang akan dicatatkan pada kali ini adalah paling dekat dengan Bumi dan tidak akan paling hampir sehingga 200 tahun akan datang. K Online

Asteroid berbahaya dekati Bumi 19 januari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker