Enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tutup mulut

Sebaran :

PETALING JAYA: Keenam-enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) sepakat tutup mulut dan enggan memberikan komen berhubung penjelasan Pengerusi LPRR, Tan Sri Abu Zahar Ujang kelmarin dengan alasan tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli LPPR, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, setakat ini tiada apa-apa penjelasan termasuk daripada anggota lembaga lain sehingga satu tempoh ditentukan kelak.

“Saya dan ahli-ahli lain tidak mahu komen atau memberikan sebarang penjelasan. Kalau ditanya media, kami akan beri jawapan no komen,” katanya.

Selain Mohammad Agus, LPPR dianggota lima wakil lain iaitu Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr. Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dengan Abu Zahar sebagai Pengerusi.

Kelmarin Abu Zahar memaklumkan beliau kecewa dengan kenyataan media oleh enam ahli LPPR pada 8 Januari lalu dan percaya kenyataan mereka dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada satu golongan.



Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilanda kontroversi berhubung pemilikan saham di dua syarikat pada 2015.

Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd. 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika menjadi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Susulan itu, tercetus gesaan agar Azam direhatkan daripada jawatan tertinggi agensi pencegahan rasuah negara sementara disiasat.

Bagaimanapun, Azam pada satu sidang media Rabu lalu, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat kong­lomerat seperti didakwa dan tular akhir-akhir ini.



Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga dan beliau tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

Abu Zahar yang turut hadir pada sidang media itu dipetik berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bahawa beliau tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham berkenaan.- UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

https://mykmu.net/2022/01/11/hakim-berbogel-di-bilik-isteri-orang-sel

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.