Dalang kes pecah tiga mesin ATM di Klang berjaya dicekup

Sebaran :

Dalang kes pecah tiga mesin ATM di Klang berjaya dicekup

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam kejadian pecah mesin ATM di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi, Klang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, polis menerima laporan daripada seorang pegawai bank selepas alat penggera di premis itu berbunyi pada jam 6.46 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mesin ATM mengalami kerosakan manakala cermin dalam kawasan itu juga retak dipercayai kesan daripada letupan.



“Sepasukan polis dari Cawangan D9 IPD Klang Selatan akhirnya berjaya menahan suspek lelaki pada jam 5.30 petang, 8 Jan lalu serta merampas dua telefon bimbit.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, polis mendapat perintah reman lima hari ke atas suspek bermula 9 hingga 13 Jan. FMT

Dalang kes pecah tiga mesin ATM di Klang berjaya dicekup




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *