PKP tidak akan dilaksanakan, sekatan pergerakan keluar mungkin

PKP tidak akan dilaksanakan, sekatan pergerakan keluar mungkin

KERAJAAN memberi jaminan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi berdepan situasi penularan COVID-19 termasuk varian Omicron.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk daripada lebih banyak negara.



Menurut beliau, ketetapan itu mungkin dilakukan sekiranya ada negara didapati berisiko tinggi.

Hishammuddin memaklumkan, ia mengambil kira pembentangan dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia.

Katanya, sebahagian besar kes jangkitan daripada varian itu masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Penting untuk saya tegaskan, pendekatan melaksanakan PKP secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula.



“Ini ke arah usaha kita bersiap sedia untuk masuk ke fasa transisi endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini.

“Namun begitu, kita terpaksa tangguh kerana pemantauan terhadap Omicron dan pada masa sama, melihat kepada kesan bencana banjir baru-baru ini serta kluster pengembara yang pulang dari luar negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-11 Menteri Kuartet COVID-19, hari ini.

Baca artikel berkaitan: ATM diarah sentiasa siap siaga hadapi banjir – Hishammuddin

Terdahulu, Hishamuddin mengadakan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Khairy; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri. M. Saravanan; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah.



Mengulas laporan mengenai varian baharu deltacron, Hishammuddin berkata, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai penemuan varian tersebut.

Buat masa ini, katanya, varian Omicron dilihat tidak memberi kesan begitu serius kepada kesihatan individu tetapi menular dengan dahsyat.

“Kita lihat jangkitan sehingga 100,000 di negara-negara Eropah dan 500,000 di Amerika Syarikat.

“Kita banyak bersandarkan daripada laporan Kementerian Kesihatan (KKM) tentang kesan kepada sistem kesihatan kita, asalkan tidak membawa tekanan kepada hospital dan unit rawatan rapi (ICU), saya rasa tak membimbangkan.



“Namun, kita banyak bergantung kepada apa yang dinasihatkan dan apa yang dipantau KKM,” jelas beliau. Utv

PKP tidak akan dilaksanakan, sekatan pergerakan keluar mungkin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker