Suu Kyi dihukum penjara empat tahun lagi
ISTANBUL – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi pada Isnin dijatuhi hukuman penjara empat tahun lagi.
Hukuman itu diumumkan oleh mahkamah junta tentera di ibu negara Naypyitaw atas tuduhan memiliki walkie-talkie ‘diimport secara haram’ dan melanggar sekatan kesihatan awam Covid-19, lapor Agensi Anadolu memetik sebuah laman web berita tempatan, Myanmar Now.
Ini hukuman kedua yang dikenakan mahkamah junta sejak kerajaan pimpinan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Suu Kyi diguling dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu.
Pemenang Hadiah Nobel itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana melanggar Undang-undang Eksport-Import, satu tahun kerana melanggar Undang-undang Komunikasi dan satu tahun lagi kerana ‘melanggar sekatan kesihatan awam Covid-19 semasa tempoh kempen pilihan raya 2020’.
Beliau akan menjalani hukuman penjara secara serentak, menurut laporan itu.
Disember lalu, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar sekatan kesihatan berkaitan pandemik. Hukuman beliau kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.
Terdapat tujuh lagi kes pertuduhan terhadap pemimpin yang digulingkan itu.
Tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw melancarkan rampasan kuasa tentera pada Februari tahun lalu dan menahan pemimpin utama parti pemerintah.
Menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik yang berpangkalan di Myanmar, kira-kira 1,447 orang terbunuh dan hampir 8,500 penunjuk perasaan ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap bantahan besar-besaran dan pemberontakan menentang pemerintahan mereka. – Bernama
Suu Kyi dihukum penjara empat tahun lagi
Baca Artikel Menarik:
- Di Mana-Mana Babi Hutan
- Obor-obor Portuguese Man o’War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati
- Ditukar portfolio, ulama PAS kata beliau masuk ‘freezer’
- Nabila Huda dah patut mati lama dahulu
- Varian Deltacron varian baharu Covid-19 ditemui
- Thailand Ke-11 Antara 25 Tempat ‘Terbaik Untuk Bersara’ Di Asia, Malaysia Ditangga Ke-15
- Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah
- Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai
- Nad Zainal dikecam tak cukup kain oleh netizen
- Pengurus pasar raya dikompaun kerana pengunjung berebut produk promosi
- Roti Canai, Nasi Kandar Naik Harga – PRESMA
Layari Laman Facebook MYKMU,NET