PUNB perkenal sistem e-mohon bagi pembiayaan perniagaan

PUNB perkenal sistem e-mohon bagi pembiayaan perniagaan

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperkenalkan sistem ‘e-mohon’ untuk permohonan pembiayaan perniagaan bermula hari ini.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata sistem e-mohon membolehkan usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan.

Beliau berkata, sistem berkenaan dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.

“Peralihan kepada pendigitalan operasi adalah satu keperluan, selain menjadi antara kaedah progresif yang boleh digunakan dalam persekitaran hari ini. PUNB sentiasa berusaha bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memudahkan usahawan.

“PUNB akan beralih kepada permohonan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Februari 2022 dan penghantaran permohonan secara bersemuka di Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah PUNB di seluruh negara akan ditamatkan pada 31 Januari 2022,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan berkata, usahawan yang mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan perniagaan, masih boleh berkunjung ke Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB di seluruh negara mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

Kemudahan e-mohon sudah boleh diakses bermula 11 Januari di https://emohon.punb.com.my/login dan klik untuk pendaftaran serta proses permohonan.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 atau e-mel ke [email protected].

Layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my dan ikuti media sosial PUNB untuk sebarang maklumat terkini. BH

PUNB perkenal sistem e-mohon bagi pembiayaan perniagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker