Pasar raya Britain padam label tarikh luput susu

Pasar raya Britain padam label tarikh luput susu

Rangkaian pasar raya popular Britain, Morrisons mengumukan akan memadamkan label tarikh luput pada sebahagian besar produk minuman susunya menjelang hujung bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Bagi menggantikan label tersebut, pihak pengurusan akan menggunakan teknik tradisional iaitu dengan menghidu dan ia akan dilakukan oleh pelanggan itu sendiri.



Pelaksanaan ‘ujian menghidu susu masam’ itu dibuat bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan kerana mematuhi label tarikh luput sedia ada.

Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain

“Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak.

“Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak,” kata salah seorang pembeli susu tetap di Morrisons, Ian Goode. K Online



Pasar raya Britain padam label tarikh luput susu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)



Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker