Kenderaan mewah dipecahkan cermin, penjenayah rembat RM260,000

CAMERON HIGHLANDS – Enam individu termasuk tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah cermin sebuah kenderaan mewah dan melarikan wang tunai berjumlah RM260,000 dalam kejadian di Tanah Rata dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, enam suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.40 malam Sabtu dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang.

Menurutnya, tangkapan ke atas suspek berjaya dilakukan kurang satu jam selepas kejadian dilaporkan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui dan merampas kembali wang tunai RM260,000 yang dilarikan dari kenderaan tersebut selain beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan itu.

“Turut dirampas ialah empat peket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 34.74 gram dan satu peket plastik berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja kira-kira 4.2 gram,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cameron Highlands di sini pada Isnin.

Ramli berkata, polis turut menemui dan merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi selain pelbagai barang kemas, tiga jongkong emas, 10 telefon bimbit, sebuah beg berisi wang tunai berjumlah RM3,843 dan anak kunci gari.

“Siasatan lanjut mendapati dua suspek telah mendedahkan penglibatan mereka dalam tujuh kes jenayah pecah cermin kereta dan curi barang di sekitar Cameron Highlands.

“Suspek turut mendedahkan penglibatan dua lagi rakan jenayah dalam kegiatan itu yang masih bebas. Berikutan itu, usaha mengesan dan menjejaki dua suspek itu sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun sudah dikenal pasti dan hasil semakan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai 25 rekod jenayah lampau.

Menurutnya, dengan tertangkapnya kumpulan tersebut, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah cermin kenderaan yang berlaku di sekitar Cameron Highlands.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek yang ditahan mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua mereka direman sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 394 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata beliau.

Kenderaan mewah dipecahkan cermin, penjenayah rembat RM260,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terbabas Dan Rempuh Empat Kereta Di Lampu Isyarat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker