Obor-obor beracun kembali di pantai Terengganu

Obor-obor beracun kembali di pantai Terengganu

MARANG: Hidupan marin beracun, Portuguese man o’ war kembali lagi apabila ditemukan terdampar di sekitar Pantai Kelulut dan Pantai Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, empat spesimen obor-obor dikesan di kawasan pantai berkenaan berdasarkan tinjauan sebentar tadi.

Menurut beliau, tinjauan masihdijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan masih terdapat lagi spesies sama yang terdampar di lokasi berkenaan.

“Kali terakhir Portuguese man o’ war atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ dilihat di perairan negeri ini ialah pada Februari 2020 dan kajian merekodkan lebih 1,000 terapung di perairan lautan Hindi.

“Musim tengkujuh menjadi antara faktor obor-obor terdampar di pantai Terengganu dan spesies ini bergerak secara berkumpulan dengan cara hanyut dibawa arus atau angin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruzaidi berkata, purata panjang sulur sesungut Portuguese man o’ war boleh mencapai lebih sembilan meter dan diliputi oleh nematocyst yang dipenuhi racun untuk melumpuhkan di samping membunuh ikan serta makhluk kecil lain.

Katanya, sengatan obor-obor sangat menyakitkan kepada manusia dan walaupun kes membawa maut jarang berlaku tetapi orang ramai masih perlu berwaspada.

Malah, menurutnya, obor-obor yang sudah mati dan dihanyutkan ke pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika disentuh.

“Pengunjung dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak melakukan aktiviti pantai di kawasan spesies itu ditemukan.

“Walaupun sudah mati, tetapi bangkainya tidak boleh disentuh kerana masih beracun dan sangat berbahaya. Sesiapa yang terkesan sengatan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Pada Mac tahun lalu, obor-obor spesies Velella velella atau ‘by-the wind sailors’ ditemukan terdampar di kawasan Pantai Pandak di Chendering (Kuala Terengganu) di samping Pantai Teluk Ketapang (Kuala Nerus) dan Pantai Rhu Muda (Marang). Utusan

Obor-obor beracun kembali di pantai Terengganu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker