Saifuddin umum pelantikan dua penasihat baharu

KUANTAN – Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Randy Yap Kim Heng dan Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk Mohd Banuri Aris dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Randy Yap yang juga Pengerusi Gerakan Pahang dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Mengenai Asia Timur manakala Mohd Banuri sebagai Perunding Hal Ehwal kebajikan Antarabangsa berkuat kuasa Oktober tahun lalu.

Pelantikan itu diumumkan Saifuddin pada satu sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Jumaat.

Saifuddin berkata, perlantikan itu dibuat berdasarkan latar belakang dan pengalaman masing-masing.

Menurut beliau, Randy Yap mempunyai hubungan rapat dari segi perniagaan dengan China manakala Banuri pula berpengalaman luas dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan ke luar negara.

“Melalui pelantikan itu, kedua-dua mereka dapat membantu tugas saya di Kementerian Luar Negeri mengenai dua aspek itu,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Luar, perlu ada kerjasama akrab antara kerajaan, swasta dan masyarakat sivil.

“Sebab itu saya turut melantik penasihat bukan daripada kerajaan untuk mendapatkan input daripada dua sektor lain yang tiada di Wisma Putra.

“Pelantikan secara rasmi itu juga sebagai pengiktirafan pengalaman dan kepakaran masing-masing.

“Ia juga bagi meningkatkan profesionalisme kami di Wisma Putra dengan menerima pandangan daripada pelbagai pihak melalui perundingan dalam membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Indera Mahkota sejak bencana itu bermula pada 17 Disember tahun lalu.

Saifuddin menyampaikan bantuan kotak.makanan kepada wakil Pas Indera Mahkota untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terjejas dalam majlis penyerahan di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, pasukan petugas banjir turut ditubuhkan melibatkan pelbagai pihak untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan Parlimen itu.

“Bagi tujuan itu, selain menyediakan tenaga sukarelawan, kita turut menyewa jengkaut, lori dan tong sampah bagi melancarkan proses pembersihan rumah mangsa dan pembuangan sisa banjir.

“Pada masa sama, bantuan tunai turut diberikan kepada mangsa yang mengalami kerosakan rumah dan premis perniagaan,” katanya.

Tambah beliau, Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota turut mengeluarkan peruntukan untuk empat buah sekolah di kawasan itu yang mengalami kerosakan atap akibat ribut baru-baru ini.

Saifuddin umum pelantikan dua penasihat baharu

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker