Mesyuarat MKT UMNO tumpu MN, PAU, sidang khas Parlimen isu banjir

PONTIAN – Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu ini akan membincangkan isu Muafakat Nasional (MN), tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) 2021 dan sidang khas Parlimen berkaitan isu banjir.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketiga-tiga perkara tersebut memerlukan tumpuan lebih-lebih lagi masalah banjir kerana ramai penduduk yang terjejas dan terkesan dengan bencana itu.

Menurutnya, punca banjir bukan sahaja disebabkan oleh faktor taburan hujan lebat tetapi ada beberapa penyebab lain yang telah memburukkan lagi keadaan seperti sistem saliran, empangan pecah dan pembangunan tidak seimbang.



“Selain soal parti dan Muafakat Nasional (MN) UMNO juga memberi tumpuan kepada masalah banjir yang akan dibangkitkan pada sidang khas Parlimen pada 20 Januari ini.

“Menerusi MKT UMNO pada Rabu ini, ahli Parlimen dari UMNO diminta menyampaikan pandangan masing-masing tentang kejadian banjir yang berlaku di tempat mereka supaya tindakan susulan diambil.

“Mereka akan membawa pandangan berhubung penyelesaian banjir yang difikirkan berkesan di kawasan mereka pada sidang khas Parlimen kelak,” katanya pada pelancaran Alumni Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam ( PKAYI) daerah Pontian di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan mengambil kira dua Bahagian UMNO iaitu Kota Raja dan Klang yang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana terjejas banjir.



“Berkenaan MN yang dibincangkan pada MKT kelak, saya tidak dapat memberi sebarang komen kerana ia melibatkan dasar-dasar utama kerjasama yang dimeterai antara UMNO dan Pas,” ujarnya.

Sebelum ini, UMNO memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan pada 12 hingga 15 Januari depan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Sementara itu, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mesyuarat MKT UMNO tumpu MN, PAU, sidang khas Parlimen isu banjir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker