6 ladang babi komersial di Melaka dijangkiti ASF

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit itu, pihaknya menguatkuasakan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF.

Beliau berkata, pemusnahan babi menggunakan kaedah gas CO2 (high concentration) berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna.

“Sehingga semalam, sejumlah 1,864 ekor ternakan babi dari ladang yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang telah berjaya dimusnahkan.

“Aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang ternakan babi di Paya Mengkuang terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan penyakit ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut.

“Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga diaktifkan melibatkan semua ladang-ladang penternakan babi di seluruh negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian melibatkan babi hutan, babi kampung atau babi komersil bagi memudahkan kawalan dan pemantauan.

Norlizan berkata, aduan boleh dibuat kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041). -K! ONLINE

6 ladang babi komersial di Melaka dijangkiti ASF


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker